Ukhuwah fillah...
Malam tadi aku baru balik dari kongres mahasiswa di KUIS(Kolej Universiti Islam Selangor).Cantik rupenyer KUIS ini.Mesti student2 kat sini kurang tahap keSTRESSan kan disebabkan environment mereka yang best.Aku,kak Ct dan Napsiah sampai di kolej kediaman aku tepat pukul 12 malam.Nasib baik pintu pagar kolej tidak tutup lagi.Kami dinner kol 12.15 malam kot kat rumah aku.Agenda yang dibualkan time dinner adalah sahabat2 tersayang(generasi 3) kat matrik aku dulu.Rindu pulak kat dyeorg semua.Teringat pulak semua kenangan pahit manis mase kat matrik dulu.Seorang demi seorang nama sahabat2 menjadi bualan kami.Sayu pulak dengar.Nak tergelak pun ada.Kalau hendak cerita ikutkan sampai seminggu pun tidak habis.Cerita dari A sampai Z.Gelagat dyeorg,masalah dyeorg,keadaan dyeorg sekarang n macam2 lagi.Kalau masa boleh diundur balik mesti aku lebih prefer life di matrik.Rindu sangat2 kat dyeorg.
Ya Allah,Engkau mengetahui hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah akan ikatannya,
Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya,
Penuhkanlah piala hati ini dengan RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan iman,keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu...
Comments
Post a Comment