Posts

Be Happy Again!

Image
Dear all, It is already November and 2021 will turn up soon. Next year, aku dah 3 series tapi aku rasa aku masih childish dan mengada-ngada lagi. Haha. Eh by the way, aku nak share something. Last week, I came across my friend's facebook posting. At that time, dia memang betul-betul baru up post pada wall dia. Aku rasa shocked gila and rasa macam sedih sangat bila baca post facebook dia. Aku kenal kawan aku ni since sekolah STMI (Form 1-3). Dalam kelas dia memang duduk sebelah aku, aku pernah rapat dengan dia.  Kawan aku tu post gambar ex-husband dia kahwin baru. Kahwin dengan BFF kawan aku tu sendiri.  BFF masa UITM katanya. Aku tak pernah tahu pula yang dia dah bercerai dengan ex-husband dia. Kiranya dia bercerai dengan ex-husband dia sebab BFF dia sendiri. That is so painful. Aku kalau bab orang ketiga ni memang aku over feeling sebab aku pernah gone through. Feeling tu rasa pedih lain macam. Nak move on tu bukan senang tau. Tapi situasi berbeza, kawan aku tu dah kahwin ada...

Hectic Week with Valuable Experiences

Image
Hello people, I'm back!  Tomorrow is Friday and this weekend is gonnabe a long weekend. Yeaayyy, finally the hectic week is over. Aku rasa badan aku sakit-sakit. Sakit kaki, tangan, perut, tulang belakang and leher semua la sebab hari Isnin, Selasa dan Rabu hari tu pukul 2.00 - 4.30 petang ada aktiviti Trim & Fit Kembara Pasar Raya Sihat, then pukul 4.30 - 5.30 petang aku memang ada senaman petang dengan peserta Trim & Fit. Tulang keras dan otot keras macam aku ni memang susah sikit nak lentur, maybe aku misuse and sebab tu sakit - sakit. Lepas tu, hari Khamis pulak ada webinar dengan JICA Jepun. Minggu ni semua aktiviti best - best.  Contoh aktiviti senaman petang Untuk Kembara Pasar Raya Sihat, PSP akan bawa peserta dalam satu group bawa mereka pergi tempat beras, minyak, sayur, buah, bijirin, susu dan lain-lain. Ajar peserta mengenai saiz hidangan, zat makanan dan cara nak baca label makanan. Hari Selasa tu, PSP Akmar not available untuk bawa group dia kembara ke ba...

Bekerja vs Belajar

Image
Dear all, Aku rasa dalam dilema la. Aku rasa nak sambung belajar lagi tapi pada masa yang sama aku rasa aku perlu bekerja untuk pengalaman kerja dan kekuatan diri. Tetapi menjadi seorang academician pun salah satu cita-cita aku, academician yang practically knowledgeable bukan sekadar tahu theory, baca journal dan tahu mengarah je tetapi tahu juga penat lelah dan situasi  team  pelaksana di ground . Ececeh puihh, haha. Persekitaran semasa bekerja dan belajar sangat berbeza. Bila bekerja aku lebih nampak perangai sebenar manusia tu macam mana. Zaman belajar dulu aku rasa aku buta atau memang tak pandai menilai sangat perangai manusia. Masa tu aku memang tak nampak kekurangan manusia sekeliling aku, aku cuma nampak kelebihan dan bergembira dengan mereka. Belajar atau bekerja dua-dua stress tetap ada, dua-dua boleh menangis, dua-dua penat, sama je dua-dua ni.  Maybe waktu sekarang ni aku perlu bersikap jangan terlalu baik atau rapat pun dengan sesiapa dekat office. Someti...

Nightmare of the year

Image
Dear all, Supposedly aku dah boleh punch out tapi aku nak update blog sekejap. Malam tadi aku mimpi ex aku datang rumah aku nak aku balik. Haha, macam drama la. Aku lari pergi rumah jiran aku, sebab aku memang dah taknak dekat dia lagi.  Betul-betul taknak, dalam mimpi dan alam realiti memang taknak. Malam ini aku rasa takut nak tidur, aku taknak dekat dia. Janganlah datang dalam hidup aku lagi walaupun dalam mimpi, atau sebagai kawan. No turning point, dia yang buang diri dia sendiri dari hidup aku, dan aku tak alu-alukan pun dia nak datang semula dalam hidup aku.  Aku dah move on. Completely move on, so harapnya dia tidak merosakkan prestasi move on aku. Aku dah lama maafkan dia. Ok dah, terima kasih kerana membaca mimpi seram aku. Taaa~ Quote dari encik google

Beraya diperantauan

Image
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidilfitri to all of you. Tahun ni memang totally different kan untuk semua orang?. Kalau dapat beraya dengan keluarga pun tetap tidak sama seperti mana kita beraya pada tahun-tahun lepas. Selalunya sebelum hari raya tolong bapak dengan mother buat ketupat daun, orang tempah ketupat daun yang dah siap masak. Kemas rumah, tukar sarung kusyen, lap tingkap, tukar alas meja. Lepas tu kalau sambut hari raya dekat Muar, memang pagi celik biji mata sampai ke malam beraya rumah saudara mara, balik je rumah, mandi, urus diri dan terus tidur. Aduh, rindu seyy. Tahun ni mother dan bapak mesti rasa awkward sebab rumah tak bersepah dengan daun ketupat, dengan beras, besen, penapis, senduk, periuk dan baldi semua. Mother dan bapak memang tolak tempahan ketupat, tiada siapa nak tolong. Semua adik-beradik aku memang tak balik raya. Raya tahun lepas dekat kampung =) Tahun ni pagi raya aku termenung dulu, buka tingkap tengok jiran-jiran masing-masing ...

Ajaibnya Sedekah

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke fasa ketiga Ramadhan dan menghampiri Syawal. Oh ya, aku nak share satu potongan ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 274 dan aku memang suka ayat ni: " Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, maka mereka akan mendapat pahala di sisi Tuhan. Tidak ada yang mengkhuatirkan mereka dan tidak pulak mereka bersedih hati " Gambar ihsan google Hari tu gaji aku masuk hari Rabu. Next day tu hari Khamis, aku bayar sewa rumah, installment kereta dan bil semua, aku transfer duit raya siap2 untuk mother and bapak supaya dia orang boleh beli barang dapur awal. Disebabkan raya, so macam tak patut pula kan nak bagi dia orang macam biasa. Masa nak transfer tu pun aku terfikir-fikir reasonable value untuk aku transfer sebab kalau transfer banyak nanti duit aku berbaki below Rm 1k, huhu. Ada lagi 2 to 3 weeks untuk survive tunggu next gaji. Aku bagi je la lebih ...

Bengkel Tayar Murah

Image
Assalamualaikum, Salam Ramadhan to all of you people. Aku macam tengah stress sebab kena buat revision manuscript, aku rasa esok deadline untuk submit revision tu. Tapi aku tak sempat siapkan lagi. So, aku macam nak menyimpang dulu buat kerja lain and aku pilih untuk update blog. Entry sebelum ni aku pernah cerita kan tayar belakang aku flat sebab tercucuk paku. Aku rasa dalam seminggu juga la aku biarkan. Aku tak pergi bengkel pun awal-awal tu sebab aku pun tak kemana, aku work from home. Lagi pulak fasa PKP, memang tak boleh ke mana-mana la. Tapi, one day pengarah called aku suruh masuk kerja dekat CPRC, sebab bahagian sana kurang manpower waktu pandemic ni. At first, aku pinjam kereta housemate aku untuk beberapa hari. Tapi takkan la pula nak pinjam lama-lama, housemate aku pun kadang-kadang memang perlu untuk keluar. Aku cari la bengkel yang berdekatan dengan rumah aku. Sekarang ni aku duduk menyewa di area Jenderam, Dengkil. Jiran belakang rumah tolong tukarkan tayar sp...