Posts

Showing posts from 2020

Be Happy Again!

Image
Dear all, It is already November and 2021 will turn up soon. Next year, aku dah 3 series tapi aku rasa aku masih childish dan mengada-ngada lagi. Haha. Eh by the way, aku nak share something. Last week, I came across my friend's facebook posting. At that time, dia memang betul-betul baru up post pada wall dia. Aku rasa shocked gila and rasa macam sedih sangat bila baca post facebook dia. Aku kenal kawan aku ni since sekolah STMI (Form 1-3). Dalam kelas dia memang duduk sebelah aku, aku pernah rapat dengan dia.  Kawan aku tu post gambar ex-husband dia kahwin baru. Kahwin dengan BFF kawan aku tu sendiri.  BFF masa UITM katanya. Aku tak pernah tahu pula yang dia dah bercerai dengan ex-husband dia. Kiranya dia bercerai dengan ex-husband dia sebab BFF dia sendiri. That is so painful. Aku kalau bab orang ketiga ni memang aku over feeling sebab aku pernah gone through. Feeling tu rasa pedih lain macam. Nak move on tu bukan senang tau. Tapi situasi berbeza, kawan aku tu dah kahwin ada...

Hectic Week with Valuable Experiences

Image
Hello people, I'm back!  Tomorrow is Friday and this weekend is gonnabe a long weekend. Yeaayyy, finally the hectic week is over. Aku rasa badan aku sakit-sakit. Sakit kaki, tangan, perut, tulang belakang and leher semua la sebab hari Isnin, Selasa dan Rabu hari tu pukul 2.00 - 4.30 petang ada aktiviti Trim & Fit Kembara Pasar Raya Sihat, then pukul 4.30 - 5.30 petang aku memang ada senaman petang dengan peserta Trim & Fit. Tulang keras dan otot keras macam aku ni memang susah sikit nak lentur, maybe aku misuse and sebab tu sakit - sakit. Lepas tu, hari Khamis pulak ada webinar dengan JICA Jepun. Minggu ni semua aktiviti best - best.  Contoh aktiviti senaman petang Untuk Kembara Pasar Raya Sihat, PSP akan bawa peserta dalam satu group bawa mereka pergi tempat beras, minyak, sayur, buah, bijirin, susu dan lain-lain. Ajar peserta mengenai saiz hidangan, zat makanan dan cara nak baca label makanan. Hari Selasa tu, PSP Akmar not available untuk bawa group dia kembara ke ba...

Bekerja vs Belajar

Image
Dear all, Aku rasa dalam dilema la. Aku rasa nak sambung belajar lagi tapi pada masa yang sama aku rasa aku perlu bekerja untuk pengalaman kerja dan kekuatan diri. Tetapi menjadi seorang academician pun salah satu cita-cita aku, academician yang practically knowledgeable bukan sekadar tahu theory, baca journal dan tahu mengarah je tetapi tahu juga penat lelah dan situasi  team  pelaksana di ground . Ececeh puihh, haha. Persekitaran semasa bekerja dan belajar sangat berbeza. Bila bekerja aku lebih nampak perangai sebenar manusia tu macam mana. Zaman belajar dulu aku rasa aku buta atau memang tak pandai menilai sangat perangai manusia. Masa tu aku memang tak nampak kekurangan manusia sekeliling aku, aku cuma nampak kelebihan dan bergembira dengan mereka. Belajar atau bekerja dua-dua stress tetap ada, dua-dua boleh menangis, dua-dua penat, sama je dua-dua ni.  Maybe waktu sekarang ni aku perlu bersikap jangan terlalu baik atau rapat pun dengan sesiapa dekat office. Someti...

Nightmare of the year

Image
Dear all, Supposedly aku dah boleh punch out tapi aku nak update blog sekejap. Malam tadi aku mimpi ex aku datang rumah aku nak aku balik. Haha, macam drama la. Aku lari pergi rumah jiran aku, sebab aku memang dah taknak dekat dia lagi.  Betul-betul taknak, dalam mimpi dan alam realiti memang taknak. Malam ini aku rasa takut nak tidur, aku taknak dekat dia. Janganlah datang dalam hidup aku lagi walaupun dalam mimpi, atau sebagai kawan. No turning point, dia yang buang diri dia sendiri dari hidup aku, dan aku tak alu-alukan pun dia nak datang semula dalam hidup aku.  Aku dah move on. Completely move on, so harapnya dia tidak merosakkan prestasi move on aku. Aku dah lama maafkan dia. Ok dah, terima kasih kerana membaca mimpi seram aku. Taaa~ Quote dari encik google

Beraya diperantauan

Image
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidilfitri to all of you. Tahun ni memang totally different kan untuk semua orang?. Kalau dapat beraya dengan keluarga pun tetap tidak sama seperti mana kita beraya pada tahun-tahun lepas. Selalunya sebelum hari raya tolong bapak dengan mother buat ketupat daun, orang tempah ketupat daun yang dah siap masak. Kemas rumah, tukar sarung kusyen, lap tingkap, tukar alas meja. Lepas tu kalau sambut hari raya dekat Muar, memang pagi celik biji mata sampai ke malam beraya rumah saudara mara, balik je rumah, mandi, urus diri dan terus tidur. Aduh, rindu seyy. Tahun ni mother dan bapak mesti rasa awkward sebab rumah tak bersepah dengan daun ketupat, dengan beras, besen, penapis, senduk, periuk dan baldi semua. Mother dan bapak memang tolak tempahan ketupat, tiada siapa nak tolong. Semua adik-beradik aku memang tak balik raya. Raya tahun lepas dekat kampung =) Tahun ni pagi raya aku termenung dulu, buka tingkap tengok jiran-jiran masing-masing ...

Ajaibnya Sedekah

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke fasa ketiga Ramadhan dan menghampiri Syawal. Oh ya, aku nak share satu potongan ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 274 dan aku memang suka ayat ni: " Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, maka mereka akan mendapat pahala di sisi Tuhan. Tidak ada yang mengkhuatirkan mereka dan tidak pulak mereka bersedih hati " Gambar ihsan google Hari tu gaji aku masuk hari Rabu. Next day tu hari Khamis, aku bayar sewa rumah, installment kereta dan bil semua, aku transfer duit raya siap2 untuk mother and bapak supaya dia orang boleh beli barang dapur awal. Disebabkan raya, so macam tak patut pula kan nak bagi dia orang macam biasa. Masa nak transfer tu pun aku terfikir-fikir reasonable value untuk aku transfer sebab kalau transfer banyak nanti duit aku berbaki below Rm 1k, huhu. Ada lagi 2 to 3 weeks untuk survive tunggu next gaji. Aku bagi je la lebih ...

Bengkel Tayar Murah

Image
Assalamualaikum, Salam Ramadhan to all of you people. Aku macam tengah stress sebab kena buat revision manuscript, aku rasa esok deadline untuk submit revision tu. Tapi aku tak sempat siapkan lagi. So, aku macam nak menyimpang dulu buat kerja lain and aku pilih untuk update blog. Entry sebelum ni aku pernah cerita kan tayar belakang aku flat sebab tercucuk paku. Aku rasa dalam seminggu juga la aku biarkan. Aku tak pergi bengkel pun awal-awal tu sebab aku pun tak kemana, aku work from home. Lagi pulak fasa PKP, memang tak boleh ke mana-mana la. Tapi, one day pengarah called aku suruh masuk kerja dekat CPRC, sebab bahagian sana kurang manpower waktu pandemic ni. At first, aku pinjam kereta housemate aku untuk beberapa hari. Tapi takkan la pula nak pinjam lama-lama, housemate aku pun kadang-kadang memang perlu untuk keluar. Aku cari la bengkel yang berdekatan dengan rumah aku. Sekarang ni aku duduk menyewa di area Jenderam, Dengkil. Jiran belakang rumah tolong tukarkan tayar sp...

Laksa Terengganu slurppp

Image
Assalamualaikum peeps, Happy extended MCO everyone. Haha, kalau stress terperap dekat rumah, bolehlah layan kampung people, nescaya anda tidak akan stress lagi. Aku tengok drama tu berdekah-dekah sey. Hari Rabu hari tu aku nak keluar pergi kedai untuk membeli barang dapur sikit. Lepas tu aku macam terperasan yang tayar belakang aku lembik dan ada paku. Aduhai, sedih. Aku pun minta tolong housemate aku, Siti untuk pergi kedai. Aku bagi dia senarai barang yang perlu dibeli. One of the lists is kueh teow or mee kuning basah, boleh la aku goreng buat sarapan pagi esok. Korang nak tahu tak apa dia beli? Siti beli laksa! Aku belum pernah buat laksa sepanjang aku hidup. Jeng, kantoi. Aku terkebil-kebil tengok ini kueh teow ke laksa. Tapi aku senyap je, sebab aku berfikir aku nak buat apa dengan laksa tu selain memang kena buat kuah laksa.  Lepas tu Payish tanya aku "Kenapa laksa? kita boleh buat apa ya? boleh goreng ke?" Aku cuma cakap "Maybe Siti betul-betul nak bua...

Interview Pegawai Teknologi Makanan, C41

Image
Hey guys, Aku tengah pishang, yela kan kena stay at home untuk 14 hari. Hari ini baru masuk hari kedua, another 12 days to go. So, aku macam bosan buat kerja dekat rumah and baru teringat yang aku ada blog. Omaigod! I have a blog. Haha. Aku nak share sesuatu lah, awal bulan Mac lepas aku ada attend satu interview, jawatan Pegawai Teknologi Makanan (PTM) bawah kerajaan negeri Johor (SPAJ). Basically, aku ni background pemakanan kesihatan. Aku bukan background teknologi makanan. Scope aku adalah kira kalori, pinggan sihat, aku jumpa patient, jumpa komuniti, buat program kesihatan dan handle penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Tapi, aku apply je la jawatan PTM tu and SPAJ pun email aku untuk interview. Apply di web Johor career. No harm to try right? First time interview untuk job kerajaan negeri. First time juga la aku masuk Iskandar Puteri tu. At first, aku study berkenaan dengan Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 and anything la yang aku tengok dekat laman web Bahag...

Homemade sate ayam

Image
Assalamualaikum yalls, Hari tu kan freezer mother aku dekat rumah tu rosak. Masih sejuk cuma tak beku la, habis semua ikan, daging lembu, ayam dan kuih frozen cair dan lembik gitu. Apa lagi semua tu berendam air darah la. Rasa macam terlalu banyak lauk, nak masak semua macam tak termakan. Kalau nak masuk dalam peti ais tak muat dah. Ikan tu takde masalah, kucing aku 20 ekor boleh tolong makan. Yang daging dengan ayam tu macam terpinga-pinga taktahu nak buat apa sebab mother duduk berdua je dengan bapak. Lepas tu aku buat sate ayam dengan daging lembu. Buat rempah untuk perap, bila dah perap tu macam tahan lama sikit la. Makin lama perap makin sedap, chill kan dalam peti sejuk. Mula-mula aku bakar sate ayam dulu Sebelum ni aku dengan mother tak pernah buat sate ayam dengan daging. Tapi mother selalu je buat serunding daging, bahan perap tu sama je macam buat serunding . Menjadi la, sedap dan rasa macam berada di awang-awangan masa makan tu. Kahkahkah. Aku perap ayam satu...

Bayar PTPTN menggunakan Boost app!

Image
Assalamualaikum all, Nowadays kan zaman ewallet, aku selalu guna Boost berbanding ewallet lain. Lepas tu, dekat Boost ni ada join mission pay PTPTN Rm200 akan dapat cashback Rm3.50. Kena redeem 100 coins untuk join mission tu. 100 coins tu boleh kumpul kalau buat sebarang pembelian. Last month, first time aku guna Boost untuk bayar bill. Then, aku ni pula sejenis yang paranoid sikit. Takut duit tak sampai ke PTPTN ke apa ke kan, so aku try lah bayar Rm10 dulu.  Kalau burn pun Rm10 je.  Mission dalam Boost app Nak bayar PTPTN by Boost ni, pergi je dekat bahagian bill payment. Lepas tu boleh pilih bill apa yang kita mahu bayar. Pilih PTPTN, isi maklumat. Okay, nombor akaun tu letak nombor pinjaman . Aku sebenarnya macam taktahu ni nombor akaun apa, no kad pengenalan ke nombor pinjaman ke, tapi takkan nombor akaun bank kita pulak kan? hihuu, tapi aku letak nombor pinjaman la. Aku tak sure la kalau nombor akaun tu boleh letak nombor kad pengenalan kita ke tak. Aku...

Ohana means family

Image
Assalamualaikum all, Tiada angin tiada ribut dan tiada tsunami. Tiba-tiba aku nak share something pasal adik beradik aku. Basically, aku ada 4 orang adik beradik, 3 perempuan dan 1 lelaki. Aku adalah yang ke 4, yang bongsu, yang sentiasa syomel dan syantik. Kahkahkah. Yang pertama tu kakak aku, kakak aku dengan aku 15 years apart. Yang kedua tu abang aku, we are 12 years apart, yang betul-betul atas aku kakak aku, 6 years apart. Bila dah berbelas tahun beza, aku dapat anak sedara awal. Kakak aku tak kahwin muda pun, dia kahwin dah 28 juga la sebab aku dapat anak sedara sulung masa aku 13 tahun. Aku dapat anak sedara nombor 2 (anak kakak aku dengan anak abang aku) masa umur aku 15 tahun. In total, aku dah ada 6 orang anak sedara (Anak kakak sulung dengan anak abang). 6 tahun lepas: Aisyah, Abang, Inshirah, Mudiya Now, they all are growing. Semalam anak sedara aku yang sulung tu enrolled tingkatan 4 dekat SBP Banting, aku scroll gambar dia dekat group whatsapp tetiba ...

My 'keras', oh my English

Image
Assalamualaikum people! Well, 2020 already. Actually, aku nak update blog semalam tetapi semalam macam letih gila sebab long distance driving. So, aku update je hari ni 1st January 2020. By the way, muhasabah diri balik la apa yang dah dibuat selama setahun dalam 2019 tu, apa yang dah dicapai dan apa yang tidak tercapai. For mine, 2019 was so-so. Takde la macam outstanding sangat. Just aku dapat job after several years of study, huhu and one more thing aku rasa aku tak pernah share tapi izinkan lah aku share and menggedik sikit dekat post ni. Jangan muntah hijau pulak. This is from the bottom of my heart. It is all about crush. Omaigod! Haha. Tak salah kan? sebab aku pun dah break up for over 2 years. But seriously, mesti korang rasa aku macam budak-budak. Sebab budak-budak je selalu guna term crush ni. Tapi, aku nak guna jugak term tu. Standard la, macam boring je kalau lifetime kita ni takde crush. Huhu. Last year kan aku dah kerja kan, then aku jumpa la ramai orang termasukla...