Posts

Showing posts from 2012

final ex

Image
Assalam... mood menaip is coming... Next week final....how time flies, rasa macam baru je daftar masuk kolej utk sem 5.... Kes perang saraf ngan pihak pejabat...waahhh,i xboley lupe n kadang2 gelak sorang2.... Aku selalu cuba untuk set kan pd mind aku yang "tolong la study bukan kerana exam..." (macam citer 3 idiots tu). Mana mungkin, kalau xde exam, mesti lah x study....right? Memang xboley nak elak... Seperti biasa every study week mesti aku balek umah, memang xboley tengok orang lain study,  jelez la...Aku bukan jenis yg tekun, study smpai 3 4 jam, aku nie jenis study sekejap rehat sekejap, xboley straight study jer....nak muntah taw... Aku respect mak ayah aku, dyeorg bukan jenis memakse...kalo pape dyeorg akn cakap" tido la dulu" k.bai...wslm

Walimah pertama...

Image
Assalamualaikum...hehehehe... Superduper hepi, sahabat seperjuangan sudah bertukar title. Dah jadi puan dah...orang pertama berbaitulmuslim dalam generasi aku. Mabruk2 + tabik spring,cepat2 dapat baby taw nanti final exam kita gilir2 jage baby...Terasa bersemangat pulak bila tengok barang2 hantaran sahabat nie. Mula la berangan turn aku nanti aku nak prepare ape, nak bagi ape, berapa dulang nak balas...walhal kakak aku pun tak lepas2 lagi...bersabar ya wahai hati, habiskan belajar dulu and bina iman dulu, nanti nak kejut anak bangun solat subuh, nak mengajar anak solat and mengaji. Oh my tajwid!! Cukupkan storage folic acid and calcium (aku dah start amalkan minum Anlene,hehehe)...Semoga dipanjangkan umur untuk menempuh alam ni...insyaAllah... Barakallah Napsiah n husband

No one can stop that JIHAD.

Image
AsSalam... Actually, I have food preparation and food safety papers next week but my heart is not there. So, I prefer to write something in this blog. All is about the Palestinian. Recently, not so recent la but a few hours before Muharram, Gaza menerima attack yang paling hebat daripada sebelum-sebelum ini. One more thing, komander Hamas pun turut terkorban time tengah driving rasanya. Ish..aku rasa macam hendak masuk tentera je, takpun belajar buat bom ke meriam ke peluru berpandu ke kereta kebal ke then hantar banyak-banyak ke Gaza.They do not have nothing you know, they do not have segala bagai weapons to defense themselves,their own country and Islam. They only have Allah. How come Israel and sekutunya said Muslims are terrorists? Sorry sikit ek, tengok la dulu siapa yang terrorists sebenarnya, siapa serang siapa. Dalam Islam, kita pegang dua benda, whether we won or syahid. Ya Allah, rasa cemburu sangat bila tengok mereka syahid, shortcut to heaven kot. Israel ada ke tawa...

New sem story

Bismillahirrahmanirrahim....erk, terasa macam awkward pulak. Blog aku ini tiba-tiba sahaja berubah,aku tak ada tambah,tolak or edit apa-apa pun sebenarnya. Tidak tahu la apa yang sudah berlaku . That's why sudah lama tak update coz masih lagi dalam proses menggodek-godek blog ini. Well, sem baru and banyak something bad happened. Dengan pengurusan kolej yang agak pelik dan bertambah pelik, krisis air (sudah setel), mgm, merit, budak juniors, report food safety yang tak siap-siap (freehand pulak tu) and whatever lah yang berkaitan. The latest one Diana Danielle sudah selamat nikah dengan Farid Kamil, u know what all of my friends rasa tercabar sebab Diana Danielle yang sebaya kami sudah berkahwin. Masing-masing buka pintu bilik aku semata-mata hendak beritahu yang Diana Danielle bakal bernikah. Nothing we can do right now unless build up our iman and study, kalau ask parents untuk permission nikah buat masa sekarang confirm tidak lepas malahan siap kene lecture lagi. Parents kno...

=(

Image
"Orait...tak pe,saya redha dan akur on this final decision...terima kasih". Kalau kita fight something, I mean something yang memang hak kita...kita akan rasa feeling yang bercampur baur, takut dan tak sedap hati...bukan apa takut je kalau mengguris hati orang lain, tak pasal-pasal bermasam muka and tak bertegur sapa, tetapi kalau kita tak fight hak kita nanti kita pula yang suffer and makan hati....tahun depan rasa macam nak duduk luar kampus je....

Hangus!!!

Image
Ramadhan  tahun ini aku diberi kuasa autonomi untuk buat kuih raya sendiri oleh my mom. Baru beberapa minit tadi bakar kuih raya tetapi malangnya bau hangus yang keluar. Sampai keluar asap macam ada kebakaran je. Bajet nak buat cookies macam famous amos tak pun chipsmore tetapi kuih hangus+rentung pula jadinya. Hampeh betul, burn 100gm buttercup aku. Kucing aku pun tak larat nak menghadap kuih ini. Agaknya time aku pukul mentega and gula tu aku menyanyi lagu lagha gamaknya instead of berzikir. Kelmarin kuih raya aku keras la pula,atuk and nenek yang tak ada gigi itu comfirm tak boleh makan. Huh! takpe2... kepada bakal suami jangan risau nanti saya akan cuba lagi (saja je ayat nak pujuk hati). Sekadar gambar hiasan.

First try...

Image
My house is full of things.Don't know where they are come from.My mom loves to keep things even the useless one. You know what our (me and siblings) test papers and old clothes have been stored in my room. Yesterday, I cleaned up the room but it still looks messy, tired like crazy. I laughed repeatedly when saw our marks especially add math papers. It reminded me of cikgu Jamilah. I really scared, scared to death when got class with her. Then I came across a log book (hardcover book). It belongs to my sis. It was a journal. Hihihihi...cute writing and funny stories as well as touched. Don't know why, sometimes I think that I'm not really know them (my siblings) in detail. Their interests, favorites, real life or even their secret admire.  First try blogpost in English. My Enslish is 'berterabur'. Ada aku kisah? huahahaha

My abang

Image
Hari ini selepas terawih, aku cerita pada mak aku pasal abang sambil bermoreh (tengok makanan moreh banyak sangat). Teringat pula pasal dia.Ya, abang aku. Kalau ikutkan aku ada 2 orang abang tetapi satu dah tak ada. So, tinggal yang satu je la ni. Aku dengan abang aku beza 12 tahun. Masa aku form 3,aku duduk dengan abang and akak ipar aku. Dalam sebulan jugak la. Parents aku pergi menunaikan rukun Islam yang ke 5. Aku sekolah di sekolah yang sama tempat abang aku mengajar tetapi sekejap je la sementara parents aku pergi haji. Dia masukkan aku dalam kelas dia. Jadinya dia guru kelas aku. Setiap pagi dia akan keluar dalam pukul 6.30 pagi untuk belikan aku sarapan dan bekal untuk rehat. Aku balik jalan kaki sebab abang aku ada kelas dengan budak menengah atas. Abang aku balik rumah then dia jenguk aku kat bilik.First day sekolah..... Abang: Macam mana hari ini? Ok tak? Aku: Aku malu weh. Abang: Ha?malu apa? Aku: Aku sorang jer yang bawak bekal, semua orang beratur beli. Ram...

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Image
Semalam pengumuman puasa sudah tersiar di kaca TV, maka comfirm la pada 21 Julai 2012 @ hari Sabtu @ hari esok puasa. So, malam ini sudah start terawikh and kalau aku nak update blog, memang kene update pada siang hari la jawapnya. Sesungguhnya Ramadhan itu mengajar kita erti kesamarataan. Orang kaya ke orang miskin ke, orang pangkat tinggi ke, orang pangkat rendah ke, orang bangsawan ke rakyat biasa ke....semua tak boleh makan. Semua puasa dalam jangka masa yang sama. Memang Tak adanya waktu buka puasa bagi orang kaya pada pukul 4 petang ,orang miskin pukul 8 malam. Then hal ini boleh mengikis sifat sombong.Islam itu adil ya. Sedekah amatlah digalakkan dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya sedekah itu mampu memadamkan kemurkaan Tuhan. Laksana seorang isteri yang marah and membebel pada husband dia, kalau husband dia bagi cincin emas 916 ,mesti isteri dia berhenti marah and speechless kan? Kira husband tu sedekah cincin la pada wife dia. Tak kan orang bagi kita sesuatu yang baik, kita...

^_^

Image
Ohoho...semalam unofficial result sem 4 has came out. Seperti yang dijangkakan pointer aku menurun. Mana tak nya jawap paper epid ngan kaunseling macam terkena bang bang boom jer, kalo tak pun wakenabeb. Walau apa pun kene bersyukur ya. Time macam ini la nak tengok diri kita sendiri macam mana. Kalau hubungan kita dengan Allah baik, maka kita akan redha dengan apa yang kita dapat tak kisah la pahit mahupun manis. Jika kita semakin zalim, maka hubungan kita dengan Allah ada complications. Kedudukan kita disisi Allah sememangnya bergantung kepada kedudukan Allah dalam hati kita. (Ayat nak pujuk hati tapi betul la kan...) Log in facebook sambil tengok result, sahabat seperjuangan online. Kami berchatting la. Aku dengan sahabat2 tetap guna pronoun aku dan kau walhal mereka guna ana enti dengan aku. Agaknya lidah aku ini ada tulang gamaknya.  Aku : pointer ko ok ke? Sahabat : turun sikit, tapi tak pe la . Soalan memang susah pun hari itu. Aku : aku pun...redha je la. Nasib badan....

Cerita dae'i

Image
Sebuah dialog di malam hari buat insan bernama dae'i Sang mad'u : "Akhi, dulu ana merasa bersemangat dan aktif dalam dakwah. Tetapi kebelakangan ini rasanya semakin hambar. Ukhuwah semakin gersang. Ana ingin berhenti sahaja dan keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan sikap beberapa sahabat. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri sahaja". Sang murabbi termenung. Tidak kelihatan raut terkejut dari wajahnya. Sang murabbi : "Bila mana enta menaiki sebuah kapal mengharungi lautan yang luas. Kapal itu sudah ternyata rosak, layarnya berlubang, kayunya sudah mereput, kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang enta lakukan untuk sampai pada tujuan?" Sang mad'u terdiam berfikir. Sang murabbi: "Apakah enta memilih untuk terjun ke laut dan berenang untuk sampai ke tujuan?. Bila enta terjun ke laut, sesaat enta akan merasa tenang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain...

Cahaya muka Nabi S.A.W

Image
Sedang mengemas, tiba-tiba terjumpa risalah lama. Tertarik pula dengan contentnya. Banyak cerita tetapi ini sahaja yang mampu aku taip, nanti jika ada kelapangan cek taip lagi na... Telah diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahawa: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajah nya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat? " Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil ." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?". Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Sem break story.

Image
Berjaya meredah final exam yang sangat mencabar fizikal dan mental. Walaupun soalan epid agak menyedihkan. Rasa macam nak balik kampung, nak tanam jagung (padahal kat rumah tak ada tanah,semua simen)...dah tak tetapkan gred dah asalkan lulus sudah. Bila dah abis exam terasa boring pulak. Aku asyik tengok horror movie je, penat menjerit. Tak layan citer cinta, lembap sangat + nanti aku berangan pulak. Sebelum exam semuanya rasa macam tak sempat. Makan, tido, bercakap pun kadang tak sempat (menipu sangat). Adeh...@_@ Hari ini aku check out dari kolej and then stay rumah my sis 2 atau 3 hari and terus balik rumah. Ramai kawan2 dah balik dulu. Terpaksa lah aku melayan askar 3 orang itu nanti. Cuti 3 bulan and tak tahu hendak buat apa kat rumah. Layan anak kucing je la. Mak suruh belajar menjahit. Dulu, time tunggu result SPM pun aku ada attend kelas menjahit tapi aku dah terlupa pulak macam mana nak menjahit. Short term memory betul, perlukan banyak DHA. Askar 3 orang( anak2 akak...

Bed time story...=)

Image
Ya Allah, seronok tengok kawan-kawan sekolah berubah. Maksud aku berubah = berhijrah ke arah yang lebih positif. Kalau lelaki memang aku tak boleh baca macam mana tetapi kalau perempuan mungkin dari segi luaran in term of pemakaian baju or tudung semakin labuh. Cara cakap pun mungkin dah boleh detect dah bahawa mereka sememangnya melalui proses pentarbiyahan. Sometimes, aku boleh detect mereka ini jemaah mana....teeettt... Usrah adalah salah satu daripada proses pentarbiyahan. Usrah yang baik adalah usrah yang meninggalkan kesan kepada ahli usrahnya. Begitu juga dengan diri aku, aku mula melalui zaman ini masa dekat MRSM, akan tetapi effectnya pada diri aku kurang berkesan. Mungkin sebab aku tak matured lagi kot time tu so aku tak menghayati. Aku tahu tetapi aku tak apply. Tiba-tiba terfikir pasal adik-adik usrah dekat MRSM, apa lah jadik kat mereka agaknya. Aku dah lama kot tak hantar surat pada mereka. Last hantar lepas aku dapat result SPM. Aku rasa aku tak put much efforts o...

Manusia dan sifatnya.

Image
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu, kedudukan mahupun harta kekayaanmu.Tetapi, Allah memandang hatimu. Sesiapa yang memiliki hati yang soleh, maka Allah mencintainya. Anak Adam yang paling dicintai Allah orang yang bertaqwa". (Riwayat Muslim dan al-Tabrani) Allah tidak melihat kehebatan luaran seseorang, namun Allah melihat 'kehebatan' hati yang berusaha untuk sabar, ikhlas, qanaah, setia dan redha kepada-Nya. Aku selalu remind diri sendiri pasal ini tatkala melihat kelebihan yang ada pada diri orang lain. Ayat nak sedapkan hati aku walhal memang betul pun apa yang tersirat dalam hadis ini. Terasa merendah diri pulak bila tengok orang lain cantik, kaya, suara sedap and bla bla bla bla... Tidak kisah lah apa pun,jika hubungan kita dengan Allah itu baik maka kita akan terima segala apa yang berlaku pada kita tidak kiralah yang baik ataupun sebaliknya. Jika kita semakin menjadi zalim dengan Allah lantaran tidak puas hat...

Walimah...=)

Image
Assalamualaikum...dengan persetujuan mohor besar Raja-Raja Melayu,dengan ini saya mengisytiharkan pada 1 Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433 bahawa kawan sekelas saya (kak Long) akan bernikah. Bom bom kebabom (bunyi bunga api). Dalam diam-diam tiba-tiba je dapat tahu esoknya nak nikah. Untung la. Semoga berbahagia.Coincidentally, esok saya balik utk study week di rumah. Memandangkan kak Long satu dareah dengan saya, maka susceptibility untuk saya melihat beliau bernikah adalah besar ye.Hehehe. Indeed, tabik ar kak Long. Sememangnya saya tidak mampu untuk berbuat sedemikian walaupun dikelilingi sahabat-sahabat yang berebut hendak berkahwin. Sedangkan menjadi student ni pun kepala saya dah berat ini lagikan pula student+isteri. Banyak lagi komitmen lain .Nak kumpul merit lagi. Saya takut saya tersungkur. Saya bukan dari kalangan yang kuat-kuat. Bukan tidak mahu tetapi cuma tidak bersedia. Well, marriage is not about love but it is about making ummah. p/s: sudah pandai guna word saya.....

Sesekali kene fikir orang lain jugak...

Image
Hari ini aku ada test Epidemiology, 'sakit' betul jawab soalan test ni walaupun format MCQ. Aisshhh, tak tahu la apa nak jadi dengan sem ni. Sem ni zaman kejatuhan aku agaknya. Takpe lah yakin je apa yang tertulis untuk kita. Tiba-tiba je aku teringat kisah sahabat aku yang sorang ni. Dia cerita time liqa beberapa hari yang lepas. Dia ni budak medic 4th year. Aku pandang ustaz A ni sebagai seorang yang sangat tough as dia still lagi boleh mengekalkan momentum sebagai seorang ahli jemaah walaupun banyak komitmen lain sebenarnya. Ustaz A punyer speech: "Tahun 1 dan 2, ana tak pernah reseat paper pun. Ana bukan berlagak tapi ana cuma nak cerita je.Tiba-tiba tahun ke 3, ana kene repeat year. Semua kawan-kawan ana terkejut. Tahun tu ana seorang  saja yang kene repeat year, entum faham tak apa yang ana rasa time tu?" Sentap aku dengar cerita dia. Course aku ni markah rendah mana pun takdenyer sampai kene repeat year. Sesekali kene fikir orang lain lain punyer kesusahan ga...

Bulatan kegembiraan...^_^

Image
Alhamdulillah, semalam agak buzy tetapi masih lagi berpeluang untuk join bulatan kegembiraan sambil mengunyah my housemate's handmade donat . Aku kagum dengan anak-anak usrah aku, terasa mereka sebenarnya yang lebih arif daripada aku. Terasa their maturity level is higher than me. Sememangnya Allah sudah membuat percaturan siapa di antara hambanya yang kuat pegangan agama dan sebaliknya. Tetapi perlu ingat jangan sesekali katakan "aku tidak layak". Itu perangkap syaitan supaya kita tidak menyampaikan dan menyebarkan Islam itu sendiri. Kongsikanlah bersama orang lain apa yang kita dapat. Kehebatan seseorang itu bukanlah bergantung pada kefasihan tutur kata, ketajaman hujahnya tetapi pada hubungan dia dengan Allah. Dan aku tertarik dengan quote drpd salah seorang anak usrah : "Judge  Islam by judging the Quran not the muslim as muslim is human being who always makes mistakes while Quran is perfect as it is words from Allah". Next bulatan kegembiraan, mereka re...

broken-hearted

Image
This sem is so painful, everything is going wrong. Everything is beyond my expectation. I'm getting weaker and weaker. I told my mom that I was tired. I fear for the future, fear to face the obstacles and challenges. I ashamed of myself and people around me. Sometimes, I perceive useless.  and I'm still thinking of it... I ask Allah to give me an extra strength and patience. plus attempt to accept everything.

~comel~

Image
Comel tgok video nie, kwn aku yg share kt wall dye... dye address video nie utk dye punyer muslimah frenz, tabik ar kt dye nie coz even dye ni non muslim tp dye mke other people especially muslims to be more aware. Aku pulak yg malu coz xjlnkn tggjwb sebaiknyer sebgai muslim. U know wat?setiap org yg mngucap 2 khlimh shahdah adlh dai'e n wajib utk brdkwah...

Azan & Solat...

Image
Kenapa bila kita lahir diazankan? Kenapa bila kita meninggal dunia disolatkan? Sebabnyer hidup ni singkat je... Kalo kita perhatikan gap antara azan and solat lama ke sekejap? Sekejap sangat2... 1 hari di Akhirat = 1000 tahun di Dunia Anggaran life time kita around 60 years, So,kira sndri la...(Aku pun xtaw mcm ne nk kire) Itu pun kalo reach 60 years,kalo premature death mcm ne plak? Lagi singkat kn?

Sahabat vs Kawan

Image
 "Sahabat umpama baju yang kita pakai. Mampu melindungi kita, mengindahkan kita serta menjadi kita sempurna di mata orang lain. Kawan?Mungkin sekadar pen yang terletak kemas di poket. Ada tak mengapa, tak ada pun tak kisah. Kadang-kadang sangat berguna, kadang tu tak guna langsung terutama bila dah tak ada dakwat. Ada juga pen yang mengotorkan poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna dan kadang-kadang menyusahkan. Kalau nak dapat sahabat, fahami dulu erti persahabatan" -Dr HM Tuah Iskandar- Sahabat2ku, doakan ana istiqomah dalam perjuangan....

Get well soon @@

Dearest my special boyfren,sori for everything...pliz get well soon, I'm really need u..huh fullstop, menyampah plak aku gune ayt2 mcm nie..nothing much to say, my special boyfren, Mohd Hp bin Window 7 in treatment right now, rase mcm regret gler coz aku selalu pakse notebook aku tu bekerja keras siang n mlm.So, skrg nie kalo nk type or gune internet trpkse la aku mlangkah dgn pnuh keberatan ke pusat akses n menagih ehsan pinjm laptop housemate termsuk la ape yg aku tgh wat nie...muhasabah diri balik weh,selame ni gune notenook tu kearah kebaikn ke keburukn.

One Day Festival...[U.N.IT]

Image
Teettt! Teettt! Teettt! Posto3x...sori menyemakkn blog sekejap..jom pakat datang ramai2..Sekian Tq...

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 Firman Allah: "Wahai Anak Adam! Sesungguhnya engkau tidak adil terhadap-Ku. Aku mencintaimu dengan mengurniakan pelbagai nikmat tetapi engkau membenci-Ku dengan melakukan maksiat." Allah S.W.T sangat baik dengan kita, kalau kita buat kesalahan, Dia tak pernah kecoh-kecoh pada sesiapa pun.Sehinggakan bumi pun pernah meminta pada Allah untuk menelan orang yang membuat kemungkaran tetapi ditegah oleh Allah kerana Allah ingin menunggu taubat daripada orang tersebut. Sebak tengok video ni....

Sedekahkanlah Al-Fatihah

Image
Pernah tak rindu someone??? Tipu ar kalo cakap tak pernah... Rindu yg smpai tahap nak menangis,pernah? Sampai tahap masuk dlm mimpi,pernah? Pedih kot kalo rindu someone yg dah tak ade... Takpe sedekahkanlah Al-Fatihah, Doaknlah supaye dye ditemptkan dlm kalangn org yg beriman... Begitu juga dgn yg msih ade nie, Sedekahknlah Al-Fatihah, Doakanlah org yg kite rindu tu dijauhi drpd malapetaka, Kalo kita tgh dok dlm dwn kuliah...then... teringatkan parents kita,sedekahkanlah Al-Fatihah pd mereka... Smoge mereka dijauhi drpd malapetaka. Kalo kita tgh sibuk masak kt umah, ttbe rindu ank2 kt sekolah(aku berangan), Sedekahknlh Al-Fatihah kt mereka, Erm, tak kisah la sape2 pun... Parents,shbt2,adik beradik,husband,wife,ank2... Hidup atau yg dah tiada, Sedekahknlah Al-Fatihah

"Impikanlah"

Image
Suatu hari Umar al Khattab r.a. duduk-duduk bersembang dengan sahabat-sahabat beliau. Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”.  Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata: “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah.” Seorang yang lain menyahut: “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”.  Yang lain menyahut: “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk memberi air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.”  Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata: “Aku mengimpikan akan ada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”

Senaskhah Al-Quran & Sebuah Kereta Sport

Image
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak betambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya. Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Suatu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima...sungguh...bukan itu yang kuhajatkan. Dengan hati yang berat...kotak itu ber...

=(

Image
Paper hri nie xsusah tp mse  yg xcukop, lastly, 2 soaln aku xjwp... 1 soaln=10 markah Aku rse mcm xde future dh... sedey kot,T.A.W.A.K.A.L je la  mmg rse down gler... Rse mcm nk lari jauh2,nk dudok kt Madagascar sne, Xpe la,xde rezeki nk wat cmne... Tp mmg sedey...=(

Salam imtihan...

Image
Minggu nie n minggu depn adalah minggu peperiksaan... Selamat berjuang shbt2... Bertarunglah sedaya upayamu kerana Allah, Mohon kepada-Nya secebis kekuatan.. All da best..=)